Labels

Terima kasih kerana sudi mengunjung blog saya....Selamat membaca... :-)
Showing posts with label Buat Duit. Show all posts
Showing posts with label Buat Duit. Show all posts

Buat Duit RM500 Sebulan Secara Online

 




Salam dan Selamat Sejahtera saudara saudari….

 

Hari ini saya nak kongsi mengenai satu laman web yang memberikan kerja-kerja kecil yang boleh dilakukan secara online di rumah tak kira masa mana pun. Saudara saudari boleh melakukan kerja-kerja di dalam laman web itu secara sepenuh masa atau separuh masa.

 

Melalui laman web ini saudara saudari boleh memperoleh pendapatan jika dilakukan sepenuh masa boleh mencecah RM500 hingga RM1000 sebulan.

 

Kerja-kerjanya begitu senang, seperti membuat ujian pada aplikasi Facebook, mendaftar dan tangkap gambar sebagai bukti anda telah mendaftar dan uji aplikasi tersebut.

 

Kerjanya begitu banyak, dan pelbagai kerja yang ditawarkan, seperti lagi, menonton video di Youtube, melanggan channel Youtube, Like video pada Youtube, dan memberikan komen pada video di Youtube.

 

Antara tugas lain lagi, ia juga menawarkan untuk anda Like page pada Facebook.  Kerja-kerja lain adalah, mendownload aplikasi pada Telefon Pintar anda, kemudian Install dan mendaftar akaun anda.

 

Selain itu, ia juga menawarkan kerja-kerja seperti melihat iklan dalam masa tertentu, mendaftar di laman web tertentu untuk buka akaun, dan pelbagai lagi saudara saudari.

 

Jangan bimbang, ia telah tulis arahan bagi setiap tugas, saudara saudari boleh membacanya dan kemudian buat kerja.

 

Laman Web tersebut adalah seperti di bawah :

https://www.microworkers.com/

 

Sekian dahulu saudara saudari, moga artikel kali ini memberikan manfaat kepada saudara saudari… 😊😊😊😊😊😊😊


Buat Duit Dengan Menulis Blog – Siri 3

 



Apakah itu ADSENSE ?

 

Sebenarnya saudara saudari, ADSENSE adalah kaedah memperoleh duit dengan memaparkan iklan di blog kita.

 

Bayaran bagi 1000 pelawat adalah lebih kurang USD2 – USD =5.

 

Walaubagaimanapun, Google juga ada menawarkan perkhidmatan ADSENSE tetapi jumlah pelawat yang ditetapkan oleh Google adalah puluhan ribu pelawat sebulan, baru lah anda boleh menggunakan perkhidmatan Google Adsense ini.

 

Ok saudara saudari, perkhidmatan ADSENSE bukan sahaja Google yang tawarkan, tetapi ada lagi syarikat-syarikat lain yang tawarkan.

 

Saya ada satu syarikat yang menawarkan ADSENSE tanpa kira jumlah pelawat blog saudara saudari sebulan.

 

Syarikat tersebut adalah ylliX.

 

Pada artikel kali ini, saya akan memberikan alamat syarikat-syarikat yang menawarkan perkhidmatan ADSENSE.

 

Berikut adalah :

 


Media.net

Media.net adalah salah satu syarikat yang menawarkan ADSENSE yang dimiliki oleh Yahoo dan Bing.  Ia adalah salah satu syarikat yang terbesar yang menawarkan perkhidmatan ADSENSE ini. Jika saudara saudari mempunyai pelwat puluhan ribu sebulan, mungkin saudara saudari boleh mencuba perkhidmatan ADSENSE oleh Media.net ini.

 

PropellerAds

PropellerAds juga merupakan salah satu syarikat terbesar yang menawarkan perkhidmatan Adsense ini. Penggunaan yang ditawarkan di laman web PropellerAds ini begitu senang untuk digunakan dan tidak komplikated untuk anda gunakan demi memasang ADSENSE di blog anda.

 

Infolinks

Infolinks adalah salah satu syarikat pengiklanan yang menawarkan perkhidmatan Adsense. Cara pemasangan juga tidak terlalu komplikated untuk anda gunakan 😊

 

Evadav

Evadav adalah salah satu syarikat pengiklanan yang menawarkan perkhidmatan Adsense. Syarikat ini menawarkan pelbagai pilihan seperti push notification, banner, video slider, dan pelbagai lagi.

 

 

Ok, itu sahaja saudara saudari pada artikel kali ini.


Selamat membaca ... 😊😊😊😊😊


Buat Duit Dengan Menulis Blog – Siri 2

 



Assalamu`alaikum dan Selamat Sejahtera saudara saudari….

 

Moga berada dalam keadaan sihat walafiat… Amin…

 

Dalam artikel kali ini, saya nak kongsi mengenai cara setup blog supaya boleh menjadi salah satu sumber pendapatan kepada saudara saudari…

 

Pertamanya, setelah saudara saudari sudah buka akaun blog, pertama sekali ialah saudara saudari perlu menulis 500 artikel barulah blog saudara saudari boleh dikatakan menjana pendapatan sampingan untuk saudara saudari…

 

Bagaimana pula untuk mendapat pendapatan dari blog ?

 

Untuk mendapat pendapatan dengan menulis blog, saudara saudari perlu mendaftar akaun ADSENSE dan tanam kod HTML daripada ADSENSE ke dalam blog saudara saudari, dengan itu barulah saudara saudari blog menjana pendapatan dengan menulis blog.

 

Setelah menulis blog, dan sudah pasang kod ADSENSE di dalam blog saudara saudari, maka perlulah menulis sebanyak 500 artikel supaya peluang untuk Google Search Engine memaparkan artikel-artikel yang anda tulis sendiri di laman pencarian. Dengan itu, saudara saudari dapat pelawat percuma ke blog saudara saudari.

 

Sekiranya saudara saudari mempunyai modal, bolehlah mengiklankan secara berbayar dengan Facebook atau Google.  Keuntungannya, saudara saudari dapat peluang dalam mencari pembaca setia artikel-artikel blog saudara saudari dan juga pelawat yang sekadar melawat. Sekiranya ada pelawat yang minat computer, dan di blog saudara saudari sentiasa update artikel mengenai computer, pelawat ini mungkin akan selalu mengunjung blog saudara saudari.

 

Cara lain ialah untuk tarik pelawat, saudara saudari boleh melibatkan di dalam forum-forum dan member pendapat kepada mereka, tetapi jangan tulis alamat blog saudara sadari begitu sahaja, kerana mereka mungkin akan ban saudara saudari.

 

Cara selamat dalam melibatkan diri dalam forum ialah, sebagai contoh di dalam forum ada pengguna bertanya mengenai computer mana yang terbaik pada tahun ini iaitu 2021, dan di blog saudara saudari ada artikel yang menerangkan mengenai komputer terbaik, maka bolehlah saudara saudari menulis alamat artikel tersebut di dalam blog saudara saudari.

 

Cara keduanya, ia juga sama peraturannya seperti menulis komen dalam forum. Caranya ialah saudara saudari boleh melawat blog-blog orang lain, dan jika ada pengguna blog tersebut bertanya sesuatu dan di dalam blog saudara saudari ada penyelesaiannya, barulah saudara saudari boleh menulis alamat blog saudara saudari. Jangan menulis begitu sahaja alamat blog saudara saudari, kerana mereka mungkin ban saudara saudari.

 

Itu sahaja saya nak kongsikan dalam “Buat Duit Dengan Menulis Blog – Siri 2” kali ini. Terima kasih… 😊😊😊😊😊😊😊


Buat Duit Dengan Menulis Blog – Siri 1

 



Pertama sekali saya ingin menyatakan bahawa buat blog ini berbaloi jika mempunyai jumlah pelawat yang ramai setiap hari, anda boleh dapat USD2 – USD5 per 1000 pelawat.

 

Buat blog ini ada dua cara, pertama sekali cara berbayar, dan yang keduanya adalah cara percuma.

 

Buat blog cara berbayar ada kelebihannya, di mana sekiranya nama anda adalah Ahmad, anda boleh dapat atau cipta alamatnya seperti

https://www.ahmad.com

 

Buat blog cara percuma pula, jika anda ada akaun Google, maka anda sudah boleh aktifkan akaun blog anda dengan Blogspot yang beralamat di :

https://blogspot.com

 

Apa kekurangan buat blog secara percuma saudara saudari ?

 

Kekurangannya adalah nama alamat blog. Sebagai contoh jika nama anda tadi adalah Ahmad, alamat yang mungkin boleh anda buat ialah

https://ahmad.blogspot.com

 

Itulah kekurangannya, di mana alamatnya ada cap blogspot.

Walaubagaimanapun, menulis blog secara percuma dengan Blogspot ada kelebihannya, iaitu anda sudah ada sekuriti percuma dari Blogspot berbanding dengan menulis blog yang berbayar di mana yurannya untuk pasang sekuriti selama setahun ada seribu ringgit lebih. Jika pendapatan menulis blog anda adalah 1 sen atau 2 sen sebulan, ianya memang tidak berbaloi.

 

Tapi nanti dulu saudara saudari, sekiranya saudara saudari mempunyai modal, ia adalah bagus untuk mencuba menulis blog yang berbayar. Hehehehe…😊😊

 

Setakat itu dahulu saudara saudari bagi Siri 1 Buat Duit Dengan Menulis Blog..... 😊😊😊😊😊


Akaun CDS dan Akaun Trading Dalam Arena Saham

    Dewasa kini, ramai yang tahu apabila sebut saham. Bagi yang tiada pengalaman dalam berdagang saham sudah tentulah tertanya-tanya apa i...