Terima kasih kerana sudi mengunjung blog saya....Selamat membaca... :-)

Akaun CDS dan Akaun Trading Dalam Arena Saham

 




 

Dewasa kini, ramai yang tahu apabila sebut saham. Bagi yang tiada pengalaman dalam berdagang saham sudah tentulah tertanya-tanya apa itu Akaun CDS dan Akaun Trading.

 

Sebenarnya, kedua-dua akaun CDS dan Trading ini diperlukan kedua-duanya sekali jika saudara saudari ingin berdagang saham di Bursa Malaysia.

 

Akaun CDS ini mepunyai dua kategori iaitu Akaun CDS Islamik dan Akaun CDS Konvensional.

 

Akaun CDS Islamik ini diperlukan jika saudara saudari ingin berdagang saham yang patuh syariah. Wang yang di simpan di Akaun Trading tidak akan menerima faedah daripada Bank Pelaburan anda. Ketiganya ialah anda hanya dibenarkan berdagang saham yang patuh syariah berdasarkan jumlah yang ada di dalam akaun Trading anda dan tidak boleh berdagang lebih daripada wang yang ada di dalam akaun Trading anda.

 

Berbeza pula dengan akaun CDS Konvensional. Akaun CDS Konvensional ini boleh digunakan untuk membeli semua saham yang ada di Bursa Malaysia.  Keduanya ialah wang yang disimpan di dalam akaun Trading anda boleh menerima faedah daripada Bank Pelaburan anda. Dan yang ketiganya ialah boleh berdagang menggunakan limit walaupun wang di dalam akaun anda tiada ataupun kurang.

 

Itu sahaja perbezaan Akaun CDS Islamik dan Akaun CDS Kovensional.

 

Ok, berbalik kepada topik utama kita, apa itu akaun Trading dan akaun CDS.

 

Sebenarnya Akaun Trading adalah tempat simpanan duit deposit yang anda masukkan dengan Syarikat Broker anda. Wang ini boleh digunakan untuk membeli dan menjual saham. Wang akan disimpan di dalam akaun Trading.

 

Akaun CDS pula adalah tempat menyimpan saham yang anda telah beli.

 

Sebagai contoh, anda ingin membeli saham 1 lot berharga RM1 seunit dan 1 lot iaitu 100 unit bersamaan RM100. Anda akan membeli mengunakan duit yang ada di dalam akaun Trading anda dan saham yang telah anda beli akan disimpan di dalam akaun CDS anda.

 

Itu sahaja fungsinya Akaun Trading dan Akaun CDS. Kedua-duanya diperlukan dalam perdagangan saham anda.

 

Pendek kata, Akaun Trading ialah tempat simpan duit dan Akaun CDS adakah tempat simpan saham.

 

Itu sahaja perkongsian saya dalam artikel kali ini. Terima kasih.. 



Senarai Syarikat Broker Saham Yang Menawarkan Pembukaan Akaun Saham Yang Patuh Syariah

 




Assalamu`alaikum dan selamat sejahtera saudara saudari…

 

Hari ini saya nak kongsi mengenai syarikat-syarikat broker yang menawarkan pembukaan akaun saham patuh syariah dan anda boleh berdagang saham patuh syariah dengan pembelian dan penjualan saham boleh dilakukan melalui syarikat syarikat broker ini.

 Syarikat-syarikat broker tersebut ialah seperti berikut :

1.     Affin Hwang Investment Bank Berhad (tingkap Islam)

2.     Alliance Investment Bank Berhad (tingkap Islam)

3.     AmInvestment Bank Berhad (tingkap Islam)

4.     BIMB Securities Sdn Bhd (penuh)

5.     CGS-CIMB Securities Sdn Bhd (tingkap Islam)

6.     Hong Leong Investment Bank (tingkap Islam)

7.     Inter-Pacific Securities Sdn Bhd (tingkap Islam)

8.     Kenanga Investment Bank Berhad (tingkap Islam)

9.     Malacca Securities Sdn Bhd (tingkap Islam)

10.  Maybank Investment Bank Berhad (tingkap Islam)

11.  MIDF Amanah Investment Bank Berhad (tingkap Islam)

12.  Public Investment Bank Berhad (tingkap Islam)

13.  RHB Investment Bank Berhad (tingkap Islam)

14.  TA Securities Holdings Berhad (tingkap Islam)

15.   UOB Kay Hian Securities Sdn Bhd (tingkap Islam)

16.   KAF Equities Sdn Bhd (tingkap Islam)


Sekian dahulu.... 😊😊😊😊😊😊😊😊😊😊😊

Bolehkah Hanya Duduk di Rumah Depan Komputer Untuk Membuka Akaun dan Berdagang Saham ?

 



Assalamu`alaikum saudara saudari….

 

Merujuk kepada tajuk kita hari ini ialah, bolehkah dengan hanya duduk di depan computer di rumah membuka akaun saham dan berdagang saham tanpa pergi ke mana-mana ?

 

Jawapannya ialah, YA.. BOLEH.

 

Sebenarnya saudara saudari, untuk membuka akaun saham anda perlu ke syarikat borker untuk membuka saham. Akaun saham mempunyai dua akaun, satunya ialah AKAUN CDS dan AKAUN TRADING. Untuk berdagang saham, anda perlu membuka kedua-dua akaun CDS dan akaun Tranding.

 

Merujuk kepada tajuk kita hari ini, iaitu membuka akaun CDS dan akaun Trading secara online di rumah. Jawapannya boleh, saudara saudari boleh membuka akaun saham dengan syarikat broker yang bernama Malacca Securities Sdn Bhd.

 

Anda boleh layari laman web Malacca Securities Sdn Bhd, untuk pendaftaran bagi membuka akaun CDS dan akaun Trading secara online di rumah. Laman Web nya ialah : 

https://www.mplusonline.com.my/macsecos/index.asp 

 




Lepas anda membuka akaun saham dengan Malacca Securities Sdn Bhd, anda boleh deposit wang ke dalam akaun anda dengan Malacca Securities Sdn Bhd, dan boleh mula berdagang saham.

 

Bagi anda yang mahukan rezeki halal, anda boleh berdagang saham-saham yang patuh syariah. Syarat kedua untuk menjadi halal ialah, anda perlu mempunyai ilmu dan tidak berdagang saham secara mebuta tuli sahaja. Sekiranya anda memenuhu dua syarat halal di atas, anda boleh mula berdagang saham dan duit itu boleh digunakan untuk pergi Haji atau Umrah…

 

Sekian sahaja dahulu mengenai perkongsian saya tentang Syarikat Broker yang menawarkan pendaftaran akaun secara online di rumah… 😊😊😊😊😊😊😊😊



Buat Duit RM500 Sebulan Secara Online

 




Salam dan Selamat Sejahtera saudara saudari….

 

Hari ini saya nak kongsi mengenai satu laman web yang memberikan kerja-kerja kecil yang boleh dilakukan secara online di rumah tak kira masa mana pun. Saudara saudari boleh melakukan kerja-kerja di dalam laman web itu secara sepenuh masa atau separuh masa.

 

Melalui laman web ini saudara saudari boleh memperoleh pendapatan jika dilakukan sepenuh masa boleh mencecah RM500 hingga RM1000 sebulan.

 

Kerja-kerjanya begitu senang, seperti membuat ujian pada aplikasi Facebook, mendaftar dan tangkap gambar sebagai bukti anda telah mendaftar dan uji aplikasi tersebut.

 

Kerjanya begitu banyak, dan pelbagai kerja yang ditawarkan, seperti lagi, menonton video di Youtube, melanggan channel Youtube, Like video pada Youtube, dan memberikan komen pada video di Youtube.

 

Antara tugas lain lagi, ia juga menawarkan untuk anda Like page pada Facebook.  Kerja-kerja lain adalah, mendownload aplikasi pada Telefon Pintar anda, kemudian Install dan mendaftar akaun anda.

 

Selain itu, ia juga menawarkan kerja-kerja seperti melihat iklan dalam masa tertentu, mendaftar di laman web tertentu untuk buka akaun, dan pelbagai lagi saudara saudari.

 

Jangan bimbang, ia telah tulis arahan bagi setiap tugas, saudara saudari boleh membacanya dan kemudian buat kerja.

 

Laman Web tersebut adalah seperti di bawah :

https://www.microworkers.com/

 

Sekian dahulu saudara saudari, moga artikel kali ini memberikan manfaat kepada saudara saudari… 😊😊😊😊😊😊😊


Komputer Mini Terbaik 2021 - Intel Ghost Canyon NUC

 



Intel Ghost Canyon NUC didatangkan kepada anda dengan permulaan yang merendah. Walaupun permulaan merendah, konfigurasinya masih tetap boleh dikatakan OK, dan masih tidak ketinggalan dan boleh dikatakan terkini pada masa kini.

 

Dengan menggunakan CPU jenis Intel Core i5-i9 bergenerasi ke-9, dan RAM 8GB - 64GB jenis DDR4, computer ini masih lagi terkini, dan dikatakan untuk mereka yang ingin ada computer di rumah pada tahap sederhana, computer ini masih lagi relevan pada masa sekarang dan saya anggarkan dalam 5 tahun ke hadapan ia masih lagi tidak ketinggalan.

 

Untuk spesifikasi terperinci, saya lampirkan seperti di bawah :

 

CPU: 9th-generation Intel Core i5 – i9

Graphics: Intel UHD Graphics 630

RAM: 8GB – 64B DDR4

Storage: 128GB SSD – 2TB + 2TB


Buat Duit Dengan Menulis Blog – Siri 3

 



Apakah itu ADSENSE ?

 

Sebenarnya saudara saudari, ADSENSE adalah kaedah memperoleh duit dengan memaparkan iklan di blog kita.

 

Bayaran bagi 1000 pelawat adalah lebih kurang USD2 – USD =5.

 

Walaubagaimanapun, Google juga ada menawarkan perkhidmatan ADSENSE tetapi jumlah pelawat yang ditetapkan oleh Google adalah puluhan ribu pelawat sebulan, baru lah anda boleh menggunakan perkhidmatan Google Adsense ini.

 

Ok saudara saudari, perkhidmatan ADSENSE bukan sahaja Google yang tawarkan, tetapi ada lagi syarikat-syarikat lain yang tawarkan.

 

Saya ada satu syarikat yang menawarkan ADSENSE tanpa kira jumlah pelawat blog saudara saudari sebulan.

 

Syarikat tersebut adalah ylliX.

 

Pada artikel kali ini, saya akan memberikan alamat syarikat-syarikat yang menawarkan perkhidmatan ADSENSE.

 

Berikut adalah :

 


Media.net

Media.net adalah salah satu syarikat yang menawarkan ADSENSE yang dimiliki oleh Yahoo dan Bing.  Ia adalah salah satu syarikat yang terbesar yang menawarkan perkhidmatan ADSENSE ini. Jika saudara saudari mempunyai pelwat puluhan ribu sebulan, mungkin saudara saudari boleh mencuba perkhidmatan ADSENSE oleh Media.net ini.

 

PropellerAds

PropellerAds juga merupakan salah satu syarikat terbesar yang menawarkan perkhidmatan Adsense ini. Penggunaan yang ditawarkan di laman web PropellerAds ini begitu senang untuk digunakan dan tidak komplikated untuk anda gunakan demi memasang ADSENSE di blog anda.

 

Infolinks

Infolinks adalah salah satu syarikat pengiklanan yang menawarkan perkhidmatan Adsense. Cara pemasangan juga tidak terlalu komplikated untuk anda gunakan 😊

 

Evadav

Evadav adalah salah satu syarikat pengiklanan yang menawarkan perkhidmatan Adsense. Syarikat ini menawarkan pelbagai pilihan seperti push notification, banner, video slider, dan pelbagai lagi.

 

 

Ok, itu sahaja saudara saudari pada artikel kali ini.


Selamat membaca ... 😊😊😊😊😊


Komputer Bajet Untuk Bermain Games - Dell G5 Gaming Desktop

 



Komputer yang sangat unik rekaannya adalah computer terbaru dari DELL khas untuk mereka yang menginginkan sebuah computer bajet tapi canggih untuk bermain games.

 

Dell G5 ini adalah computer yang mana Chipnya adalah Chip generasi ke-9 Intel. Ia dilengkapi dengan kad grafik RTX demi memenuhi keupayaan computer untuk bermain games yang terkini yang mana memerlukan kad grafik yang baik dan tinggi.

 

RAM computer ini pula adalah pada tahap terbaik, iaitu berkeupayaan 64GB. Kapasiti penyimpanannya pula adalah 1TB SSD + 2TB HDD.

 

Untuk spesifikasi secara terperinci, anda boleh melihatnya di bawah :

 

CPU: Up to 10th Gen Intel Core i9-10900KF

Graphics: Up to NVIDIA GeForce RTX 2070 SUPER

RAM: Up to 64GB DDR4 2933Mhz

Storage: Up to 1TB SSD + 2TB HDD

 

Setakat itu dahulu artikel berkenaan computer kali ini… Terima kasih 😊😊😊😊


Akaun CDS dan Akaun Trading Dalam Arena Saham

    Dewasa kini, ramai yang tahu apabila sebut saham. Bagi yang tiada pengalaman dalam berdagang saham sudah tentulah tertanya-tanya apa i...