Terima kasih kerana sudi mengunjung blog saya....Selamat membaca... :-)

Akaun CDS dan Akaun Trading Dalam Arena Saham

 




 

Dewasa kini, ramai yang tahu apabila sebut saham. Bagi yang tiada pengalaman dalam berdagang saham sudah tentulah tertanya-tanya apa itu Akaun CDS dan Akaun Trading.

 

Sebenarnya, kedua-dua akaun CDS dan Trading ini diperlukan kedua-duanya sekali jika saudara saudari ingin berdagang saham di Bursa Malaysia.

 

Akaun CDS ini mepunyai dua kategori iaitu Akaun CDS Islamik dan Akaun CDS Konvensional.

 

Akaun CDS Islamik ini diperlukan jika saudara saudari ingin berdagang saham yang patuh syariah. Wang yang di simpan di Akaun Trading tidak akan menerima faedah daripada Bank Pelaburan anda. Ketiganya ialah anda hanya dibenarkan berdagang saham yang patuh syariah berdasarkan jumlah yang ada di dalam akaun Trading anda dan tidak boleh berdagang lebih daripada wang yang ada di dalam akaun Trading anda.

 

Berbeza pula dengan akaun CDS Konvensional. Akaun CDS Konvensional ini boleh digunakan untuk membeli semua saham yang ada di Bursa Malaysia.  Keduanya ialah wang yang disimpan di dalam akaun Trading anda boleh menerima faedah daripada Bank Pelaburan anda. Dan yang ketiganya ialah boleh berdagang menggunakan limit walaupun wang di dalam akaun anda tiada ataupun kurang.

 

Itu sahaja perbezaan Akaun CDS Islamik dan Akaun CDS Kovensional.

 

Ok, berbalik kepada topik utama kita, apa itu akaun Trading dan akaun CDS.

 

Sebenarnya Akaun Trading adalah tempat simpanan duit deposit yang anda masukkan dengan Syarikat Broker anda. Wang ini boleh digunakan untuk membeli dan menjual saham. Wang akan disimpan di dalam akaun Trading.

 

Akaun CDS pula adalah tempat menyimpan saham yang anda telah beli.

 

Sebagai contoh, anda ingin membeli saham 1 lot berharga RM1 seunit dan 1 lot iaitu 100 unit bersamaan RM100. Anda akan membeli mengunakan duit yang ada di dalam akaun Trading anda dan saham yang telah anda beli akan disimpan di dalam akaun CDS anda.

 

Itu sahaja fungsinya Akaun Trading dan Akaun CDS. Kedua-duanya diperlukan dalam perdagangan saham anda.

 

Pendek kata, Akaun Trading ialah tempat simpan duit dan Akaun CDS adakah tempat simpan saham.

 

Itu sahaja perkongsian saya dalam artikel kali ini. Terima kasih.. 



Senarai Syarikat Broker Saham Yang Menawarkan Pembukaan Akaun Saham Yang Patuh Syariah

 




Assalamu`alaikum dan selamat sejahtera saudara saudari…

 

Hari ini saya nak kongsi mengenai syarikat-syarikat broker yang menawarkan pembukaan akaun saham patuh syariah dan anda boleh berdagang saham patuh syariah dengan pembelian dan penjualan saham boleh dilakukan melalui syarikat syarikat broker ini.

 Syarikat-syarikat broker tersebut ialah seperti berikut :

1.     Affin Hwang Investment Bank Berhad (tingkap Islam)

2.     Alliance Investment Bank Berhad (tingkap Islam)

3.     AmInvestment Bank Berhad (tingkap Islam)

4.     BIMB Securities Sdn Bhd (penuh)

5.     CGS-CIMB Securities Sdn Bhd (tingkap Islam)

6.     Hong Leong Investment Bank (tingkap Islam)

7.     Inter-Pacific Securities Sdn Bhd (tingkap Islam)

8.     Kenanga Investment Bank Berhad (tingkap Islam)

9.     Malacca Securities Sdn Bhd (tingkap Islam)

10.  Maybank Investment Bank Berhad (tingkap Islam)

11.  MIDF Amanah Investment Bank Berhad (tingkap Islam)

12.  Public Investment Bank Berhad (tingkap Islam)

13.  RHB Investment Bank Berhad (tingkap Islam)

14.  TA Securities Holdings Berhad (tingkap Islam)

15.   UOB Kay Hian Securities Sdn Bhd (tingkap Islam)

16.   KAF Equities Sdn Bhd (tingkap Islam)


Sekian dahulu.... 😊😊😊😊😊😊😊😊😊😊😊

Bolehkah Hanya Duduk di Rumah Depan Komputer Untuk Membuka Akaun dan Berdagang Saham ?

 



Assalamu`alaikum saudara saudari….

 

Merujuk kepada tajuk kita hari ini ialah, bolehkah dengan hanya duduk di depan computer di rumah membuka akaun saham dan berdagang saham tanpa pergi ke mana-mana ?

 

Jawapannya ialah, YA.. BOLEH.

 

Sebenarnya saudara saudari, untuk membuka akaun saham anda perlu ke syarikat borker untuk membuka saham. Akaun saham mempunyai dua akaun, satunya ialah AKAUN CDS dan AKAUN TRADING. Untuk berdagang saham, anda perlu membuka kedua-dua akaun CDS dan akaun Tranding.

 

Merujuk kepada tajuk kita hari ini, iaitu membuka akaun CDS dan akaun Trading secara online di rumah. Jawapannya boleh, saudara saudari boleh membuka akaun saham dengan syarikat broker yang bernama Malacca Securities Sdn Bhd.

 

Anda boleh layari laman web Malacca Securities Sdn Bhd, untuk pendaftaran bagi membuka akaun CDS dan akaun Trading secara online di rumah. Laman Web nya ialah : 

https://www.mplusonline.com.my/macsecos/index.asp 

 




Lepas anda membuka akaun saham dengan Malacca Securities Sdn Bhd, anda boleh deposit wang ke dalam akaun anda dengan Malacca Securities Sdn Bhd, dan boleh mula berdagang saham.

 

Bagi anda yang mahukan rezeki halal, anda boleh berdagang saham-saham yang patuh syariah. Syarat kedua untuk menjadi halal ialah, anda perlu mempunyai ilmu dan tidak berdagang saham secara mebuta tuli sahaja. Sekiranya anda memenuhu dua syarat halal di atas, anda boleh mula berdagang saham dan duit itu boleh digunakan untuk pergi Haji atau Umrah…

 

Sekian sahaja dahulu mengenai perkongsian saya tentang Syarikat Broker yang menawarkan pendaftaran akaun secara online di rumah… 😊😊😊😊😊😊😊😊



Akaun CDS dan Akaun Trading Dalam Arena Saham

    Dewasa kini, ramai yang tahu apabila sebut saham. Bagi yang tiada pengalaman dalam berdagang saham sudah tentulah tertanya-tanya apa i...