Terima kasih kerana sudi mengunjung blog saya....Selamat membaca... :-)

Akaun CDS dan Akaun Trading Dalam Arena Saham

 




 

Dewasa kini, ramai yang tahu apabila sebut saham. Bagi yang tiada pengalaman dalam berdagang saham sudah tentulah tertanya-tanya apa itu Akaun CDS dan Akaun Trading.

 

Sebenarnya, kedua-dua akaun CDS dan Trading ini diperlukan kedua-duanya sekali jika saudara saudari ingin berdagang saham di Bursa Malaysia.

 

Akaun CDS ini mepunyai dua kategori iaitu Akaun CDS Islamik dan Akaun CDS Konvensional.

 

Akaun CDS Islamik ini diperlukan jika saudara saudari ingin berdagang saham yang patuh syariah. Wang yang di simpan di Akaun Trading tidak akan menerima faedah daripada Bank Pelaburan anda. Ketiganya ialah anda hanya dibenarkan berdagang saham yang patuh syariah berdasarkan jumlah yang ada di dalam akaun Trading anda dan tidak boleh berdagang lebih daripada wang yang ada di dalam akaun Trading anda.

 

Berbeza pula dengan akaun CDS Konvensional. Akaun CDS Konvensional ini boleh digunakan untuk membeli semua saham yang ada di Bursa Malaysia.  Keduanya ialah wang yang disimpan di dalam akaun Trading anda boleh menerima faedah daripada Bank Pelaburan anda. Dan yang ketiganya ialah boleh berdagang menggunakan limit walaupun wang di dalam akaun anda tiada ataupun kurang.

 

Itu sahaja perbezaan Akaun CDS Islamik dan Akaun CDS Kovensional.

 

Ok, berbalik kepada topik utama kita, apa itu akaun Trading dan akaun CDS.

 

Sebenarnya Akaun Trading adalah tempat simpanan duit deposit yang anda masukkan dengan Syarikat Broker anda. Wang ini boleh digunakan untuk membeli dan menjual saham. Wang akan disimpan di dalam akaun Trading.

 

Akaun CDS pula adalah tempat menyimpan saham yang anda telah beli.

 

Sebagai contoh, anda ingin membeli saham 1 lot berharga RM1 seunit dan 1 lot iaitu 100 unit bersamaan RM100. Anda akan membeli mengunakan duit yang ada di dalam akaun Trading anda dan saham yang telah anda beli akan disimpan di dalam akaun CDS anda.

 

Itu sahaja fungsinya Akaun Trading dan Akaun CDS. Kedua-duanya diperlukan dalam perdagangan saham anda.

 

Pendek kata, Akaun Trading ialah tempat simpan duit dan Akaun CDS adakah tempat simpan saham.

 

Itu sahaja perkongsian saya dalam artikel kali ini. Terima kasih.. 



No comments:

Post a Comment

Akaun CDS dan Akaun Trading Dalam Arena Saham

    Dewasa kini, ramai yang tahu apabila sebut saham. Bagi yang tiada pengalaman dalam berdagang saham sudah tentulah tertanya-tanya apa i...