Terima kasih kerana sudi mengunjung blog saya....Selamat membaca... :-)

Bolehkah Hanya Duduk di Rumah Depan Komputer Untuk Membuka Akaun dan Berdagang Saham ?

 



Assalamu`alaikum saudara saudari….

 

Merujuk kepada tajuk kita hari ini ialah, bolehkah dengan hanya duduk di depan computer di rumah membuka akaun saham dan berdagang saham tanpa pergi ke mana-mana ?

 

Jawapannya ialah, YA.. BOLEH.

 

Sebenarnya saudara saudari, untuk membuka akaun saham anda perlu ke syarikat borker untuk membuka saham. Akaun saham mempunyai dua akaun, satunya ialah AKAUN CDS dan AKAUN TRADING. Untuk berdagang saham, anda perlu membuka kedua-dua akaun CDS dan akaun Tranding.

 

Merujuk kepada tajuk kita hari ini, iaitu membuka akaun CDS dan akaun Trading secara online di rumah. Jawapannya boleh, saudara saudari boleh membuka akaun saham dengan syarikat broker yang bernama Malacca Securities Sdn Bhd.

 

Anda boleh layari laman web Malacca Securities Sdn Bhd, untuk pendaftaran bagi membuka akaun CDS dan akaun Trading secara online di rumah. Laman Web nya ialah : 

https://www.mplusonline.com.my/macsecos/index.asp 

 




Lepas anda membuka akaun saham dengan Malacca Securities Sdn Bhd, anda boleh deposit wang ke dalam akaun anda dengan Malacca Securities Sdn Bhd, dan boleh mula berdagang saham.

 

Bagi anda yang mahukan rezeki halal, anda boleh berdagang saham-saham yang patuh syariah. Syarat kedua untuk menjadi halal ialah, anda perlu mempunyai ilmu dan tidak berdagang saham secara mebuta tuli sahaja. Sekiranya anda memenuhu dua syarat halal di atas, anda boleh mula berdagang saham dan duit itu boleh digunakan untuk pergi Haji atau Umrah…

 

Sekian sahaja dahulu mengenai perkongsian saya tentang Syarikat Broker yang menawarkan pendaftaran akaun secara online di rumah… 😊😊😊😊😊😊😊😊



No comments:

Post a Comment

Akaun CDS dan Akaun Trading Dalam Arena Saham

    Dewasa kini, ramai yang tahu apabila sebut saham. Bagi yang tiada pengalaman dalam berdagang saham sudah tentulah tertanya-tanya apa i...