Terima kasih kerana sudi mengunjung blog saya....Selamat membaca... :-)

Pembelian Barangan Online – Tipu atau Betul ?

 


Kini, dunia mengalami perubahan di mana semuanya dapat dilakukan secara dalam talian atau Online.

 




Sebagai contoh, yang terkini adalah, kerja pun boleh dilakukan Online di rumah dan tak perlu ke pejabat lagi.

 

Contoh kedua adalah, jika anda ingin membuka akaun saham, ianya boleh dilakukan secara Online di rumah dan tandatangan pun boleh dilakukan secara Online.

 

Kini, saya perhatikan, banyak kedai-kedai Online muncul dan anda boleh membuat pembelian Online.

 

Oh ya, beberapa hari lepas, saya terdengar rintihan pengguna mengatakan mereka membeli barang dalam talian secara Online, tetapi barangan tersebut tidak sampai rumah.

 

Saudara saudari,

Memang ada penipuan begini dan tips yang saya nak bagi adalah untuk keselamatan, sekiranya anda membeli barangan Online, yang terselamat adalah kedai online yang beralamat di Malaysia.

 

Tips mengelak penipuan adalah :

1)    Lihat ALAMAT, ada atau tidak alamat kedai dalam laman web mereka, jika ada baru betul.

2)    Yang kedua adalah, lihat di dalam Laman Web kedai mereka, ada tidak NOMBOR PENDAFTARAN SYARIKAT, sekiranya ada, anda boleh semak di : https://www.ssm.com.my/bm/Pages/Quick_Link/e-Search.aspx


S  Sekiranya ada dan syarikat tersebut wujud, maka ianya adalah perniagaan betul.

 

Oh ya, untuk semak nombor pendaftaran, ia ada dua, satu Nombor Pendaftaran Syarikat dan satu lagi Nombor Pendaftaran Perniagaan. Jika anda keliru, boleh call terus Suruhanjaya Syarikat Malaysia dan pasti akan mendapat jawapan yang tepat.


Ok..Itu sahaja yang saya nak kongsi pada hari ini… Semoga anda terselamat daripada penipuan dalam pembelian Online…Sekian sahaja 


Berdagang Saham – Halal atau Haram ?

 

Ramai yang tahu dengan nama saham, tetapi ramai yang tak tahu berdagang saham itu halal atau haram..

 



Apa itu Saham ?

 

Sebenarnya, saham itu bermaksud bahagian kita dalam sesuatu syarikat. Jika kita beli saham di Bursa Malaysia, tak kira apa-apa saham sekali pun, jika kita beli, bermakna kita adalah pemilik syarikat tersebut dan kita ada hak untuk mengundi dan memilih siapa yang bakal menguruskan syarikat tersebut.

 

Oh ya, jika anda ingin berdagang saham, and terpaksa mendaftar akaun dengan mana-mana Broker saham untuk membolehkan anda membeli dan menjual saham. Biasanya syarikat-syarikat broker yang menawarkan perkhidmatan ini biasanya nama syarikat broker itu ada perkataan “Investment”  atau “Securities” dan saya bagi satu contoh syarikat broker, iaitu BIMB Securities Sdn Bhd.

 

Oh ya, berkenaan Halal ke Haram berdagang Saham, ini adalah jawapannya :

“Berdagang Saham adalah Halal jika kita berdagang saham yang patuh syariah dan kita berdagang pula adalah melalui ilmu yang kita ada dan tidak berdagang secara membuta tuli “

 

Itu sahaja yang saya nak share dengan anda..


Akaun CDS dan Akaun Trading Dalam Arena Saham

    Dewasa kini, ramai yang tahu apabila sebut saham. Bagi yang tiada pengalaman dalam berdagang saham sudah tentulah tertanya-tanya apa i...