Kini, dunia mengalami perubahan di mana semuanya dapat
dilakukan secara dalam talian atau Online.
Sebagai contoh, yang terkini adalah, kerja pun boleh
dilakukan Online di rumah dan tak perlu ke pejabat lagi.
Contoh kedua adalah, jika anda ingin membuka akaun saham,
ianya boleh dilakukan secara Online di rumah dan tandatangan pun boleh
dilakukan secara Online.
Kini, saya perhatikan, banyak kedai-kedai Online muncul dan
anda boleh membuat pembelian Online.
Oh ya, beberapa hari lepas, saya terdengar rintihan pengguna
mengatakan mereka membeli barang dalam talian secara Online, tetapi barangan
tersebut tidak sampai rumah.
Saudara saudari,
Memang ada penipuan begini dan tips yang saya nak bagi adalah
untuk keselamatan, sekiranya anda membeli barangan Online, yang terselamat
adalah kedai online yang beralamat di Malaysia.
Tips mengelak penipuan adalah :
1)
Lihat
ALAMAT, ada atau tidak alamat kedai dalam laman web mereka, jika ada baru
betul.
2) Yang kedua adalah, lihat di dalam Laman Web kedai mereka, ada tidak NOMBOR PENDAFTARAN SYARIKAT, sekiranya ada, anda boleh semak di : https://www.ssm.com.my/bm/Pages/Quick_Link/e-Search.aspx
S Sekiranya ada dan syarikat tersebut wujud, maka ianya adalah perniagaan betul.
Oh ya, untuk semak nombor pendaftaran, ia ada dua, satu
Nombor Pendaftaran Syarikat dan satu lagi Nombor Pendaftaran Perniagaan. Jika
anda keliru, boleh call terus Suruhanjaya Syarikat Malaysia dan pasti akan
mendapat jawapan yang tepat.
Ok..Itu sahaja yang saya nak kongsi pada hari ini… Semoga
anda terselamat daripada penipuan dalam pembelian Online…Sekian sahaja