Pertama sekali saya ingin menyatakan bahawa buat blog ini
berbaloi jika mempunyai jumlah pelawat yang ramai setiap hari, anda boleh dapat
USD2 – USD5 per 1000 pelawat.
Buat blog ini ada dua cara, pertama sekali cara berbayar,
dan yang keduanya adalah cara percuma.
Buat blog cara berbayar ada kelebihannya, di mana
sekiranya nama anda adalah Ahmad, anda boleh dapat atau cipta alamatnya seperti
Buat blog cara percuma pula, jika anda ada akaun Google,
maka anda sudah boleh aktifkan akaun blog anda dengan Blogspot yang beralamat
di :
Apa kekurangan buat blog secara percuma saudara saudari ?
Kekurangannya adalah nama alamat blog. Sebagai contoh
jika nama anda tadi adalah Ahmad, alamat yang mungkin boleh anda buat ialah
Itulah kekurangannya, di mana alamatnya ada cap blogspot.
Walaubagaimanapun, menulis blog secara percuma dengan
Blogspot ada kelebihannya, iaitu anda sudah ada sekuriti percuma dari Blogspot
berbanding dengan menulis blog yang berbayar di mana yurannya untuk pasang
sekuriti selama setahun ada seribu ringgit lebih. Jika pendapatan menulis blog
anda adalah 1 sen atau 2 sen sebulan, ianya memang tidak berbaloi.
Tapi nanti dulu saudara saudari, sekiranya saudara
saudari mempunyai modal, ia adalah bagus untuk mencuba menulis blog yang
berbayar. Hehehehe…😊😊
Setakat itu dahulu saudara saudari bagi Siri 1 Buat Duit
Dengan Menulis Blog..... 😊😊😊😊😊
No comments:
Post a Comment