24 February 2021 – Amerika Syarikat kini ingin menguji
keberkesanan Vaksin Pfizer-BioNTech terhadap wanita hamil. Ini adalah bagi
mengetahui sama ada vaksin ini berkesan atau tidak kepada wanita hamil.
Selain itu, ia juga adalah untuk melihat sama ada vaksin ini member
kesan sampingan yang boleh memudaratkan wanita hamil atau tidak.
Ujian klinikal yang akan dijalankan oleh Amerika Syarikat
adalah ujian pada skala besar bagi mengetahui keputusannya.
Menurut media Negara itu, kadar kematian wanita hamil yang
dijangkiti Covid-19 adalah 13 kali lebih tinggi berbanding mereka yang tidak
hamil.
Ketua Perubatan di St Joseph University Hospital Amerika
Syarikat, Bob Lahita memberi tahu bahawa setakat ini tiada bukti lagi yang
Vaksin Pfizer-BioNTech member kesan sampingan kepada ibu yang mengandung dan
juga kepada kandungannya.
Sekian dahulu maklumat mengenai Vaksin Covid-19 ini, semoga
kadar pematuhan SOP di Negara kita bertambah tinggi, 😊😊😊😊😊😊
No comments:
Post a Comment