Assalamu`alaikum
dan Selamat Sejahtera saudara saudari…
Hari ini saya
nak share berkeaan saham…
Ya, bagaimana
kita nak dapat keuntungan dengan berdagang saham… ?
Sebenarnya ia
ada dua saudara saudari untuk memperoleh keuntungan dalam berdagang saham….
Yang pertama
ialah Pelaburan Jangka Panjang, iaitu 1 tahun dank e atas di mana saudara
saudari boleh memperoleh keuntungan melalui DIVIDEN yang diagihkan oleh
syarikat yang sauda saudari melabur di mana DIVIDEN ini ada sesetengah syarikat
membayar dua kali setahun dan ada pula yang membayar DIVIDEN sekali setahun… Ya
saudara saudari, ianya sama seperti melabur dengan Amanah Saham Bumiputera
(ASB) di mana dengan ASB, saudara saudari boleh memperoleh keuntungan dengan
DIVIDEN sekali setahun… Tapi jangan lupa saudara saudari, ia tetap ada
perbezaan, di mana ASB adalah UNIT AMANAH manakala untuk kes Pelaburan Jangka
Panjang ini, saudara saudari boleh memilih sendiri syarikat mana yang saudara
saudari ingin melabur manakala ASB pula saudara saudari tidak boleh memilih
untuk melabur dengan syarikat mana, ianya diuruskan oleh Pengurus Dana yang
Bertauliah…
Itulah
perbezaan melabur sendiri atau menyerahkan duit saudara saudari kepada yang
pakar untuk melabur…
Yang keduanya
ialah, saudara saudari boleh memperoleh keuntungan Jangka Pendek. Ianya adalah
saudara saudari boleh membeli sahan sebagai contohnya Saham A berharga RM2.70
dan menjualnya pada minggu hadapan pada harga RM3.20 . Dan seudah tentunya
saudara saudari peroleh keuntungan sebanyak 50 sen bagi setiap unit yang
saudara saudari beli….
Ya saudara
saudari, itulah 2 cara memperoleh keuntungan dengan berdagang saham di Bursa
Malaysia…
Semoga
perkongsian saya pada hari ini bermanfaat untuk saudara saudari… Sekian Terima
Kasih 😊😊😊
No comments:
Post a Comment