Assalamu`alaikum dan Selamat Sejahtera saudara saudari….
Moga berada dalam keadaan sihat walafiat… Amin…
Dalam artikel kali ini, saya nak kongsi mengenai cara
setup blog supaya boleh menjadi salah satu sumber pendapatan kepada saudara saudari…
Pertamanya, setelah saudara saudari sudah buka akaun
blog, pertama sekali ialah saudara saudari perlu menulis 500 artikel barulah
blog saudara saudari boleh dikatakan menjana pendapatan sampingan untuk saudara
saudari…
Bagaimana pula untuk mendapat pendapatan dari blog ?
Untuk mendapat pendapatan dengan menulis blog, saudara
saudari perlu mendaftar akaun ADSENSE dan tanam kod HTML daripada ADSENSE ke
dalam blog saudara saudari, dengan itu barulah saudara saudari blog menjana
pendapatan dengan menulis blog.
Setelah menulis blog, dan sudah pasang kod ADSENSE di
dalam blog saudara saudari, maka perlulah menulis sebanyak 500 artikel supaya
peluang untuk Google Search Engine memaparkan artikel-artikel yang anda tulis
sendiri di laman pencarian. Dengan itu, saudara saudari dapat pelawat percuma
ke blog saudara saudari.
Sekiranya saudara saudari mempunyai modal, bolehlah
mengiklankan secara berbayar dengan Facebook atau Google. Keuntungannya, saudara saudari dapat peluang
dalam mencari pembaca setia artikel-artikel blog saudara saudari dan juga
pelawat yang sekadar melawat. Sekiranya ada pelawat yang minat computer, dan di
blog saudara saudari sentiasa update artikel mengenai computer, pelawat ini
mungkin akan selalu mengunjung blog saudara saudari.
Cara lain ialah untuk tarik pelawat, saudara saudari
boleh melibatkan di dalam forum-forum dan member pendapat kepada mereka, tetapi
jangan tulis alamat blog saudara sadari begitu sahaja, kerana mereka mungkin
akan ban saudara saudari.
Cara selamat dalam melibatkan diri dalam forum ialah,
sebagai contoh di dalam forum ada pengguna bertanya mengenai computer mana yang
terbaik pada tahun ini iaitu 2021, dan di blog saudara saudari ada artikel yang
menerangkan mengenai komputer terbaik, maka bolehlah saudara saudari menulis
alamat artikel tersebut di dalam blog saudara saudari.
Cara keduanya, ia juga sama peraturannya seperti menulis
komen dalam forum. Caranya ialah saudara saudari boleh melawat blog-blog orang
lain, dan jika ada pengguna blog tersebut bertanya sesuatu dan di dalam blog
saudara saudari ada penyelesaiannya, barulah saudara saudari boleh menulis
alamat blog saudara saudari. Jangan menulis begitu sahaja alamat blog saudara
saudari, kerana mereka mungkin ban saudara saudari.
Itu sahaja saya nak kongsikan dalam “Buat Duit Dengan
Menulis Blog – Siri 2” kali ini. Terima kasih… 😊😊😊😊😊😊😊
No comments:
Post a Comment