Assalamu`alaikum
dan Selamat Sejahtera kawan-kawan, sahabat-sahabat dan juga Saudara Saudari
sekalian…
Di
sini saya ingin menceritakan pengalaman saya mengenai bagaimana saya struggle
di Universiti hingga mendapat Kepujian Kelas Dua Atas..
Kos
yang saya ambil di Universiti adalah kos Sains Aktuari, iaitu lebih dikenali
sebagai Arkitek Kewangan. Kos ini tidak mempunyai subjek yang memerlukan kita
membaca dengan banyak kerana kos ini majoritinya adalah pengiraan atau juga
Matematik.
Kos
Sains Aktuari ini ditawarkan di UKM di dalam Fakulti Sains &
Teknologi dan berada di bawah Pusat Pengajian Matematik.
Apa yang saya ingin kongsi adalah kesemua buku teks
adalah dalam Bahasa Inggeris. Keadaan saya pada masa itu berkaitan Bahasa
Inggeris, iaitu apabila saya baca atau rujuk buku teks, saya membaca ya,
sekadar membaca sahaja, tapi tiada satu pun ayat yang saya faham. Buku teks
pula adalah jenis yang terkini, di mana sebagai contoh dari langkah A nak ke
langkah M, ia hanya terangkan dalam ayat dan tidak banyak jalan kira yang
direct dari A ke B kemudian Ke C dan seterusnya ke M. Kebanyakan buku teks
adalah direct dari A ke M. Nak tahu bagaimana cara kira step by step,
terpaksalah buat research dan study sendiri.
Oh ya saudara saudari, di UKM pada zaman saya ialah
Bahasa yang digunakan adalah Bahasa Inggeris dan Melayu. Ada subjek dalam
Bahasa Inggeris dan ada subjek dalam Bahasa Melayu. Bagi subjek yang dalam
Bahasa Inggeris, memanglah, kuliah pensyarah saya tidak faham langsung. Balik
bilik buka buku, juga dalam Bahasa Inggeris. Alamak!! Keadaan ini boleh
menyebabkan saya fail semua subjek kerana tak faham langsung.
Jadi, teknik yang saya gunakan adalah, hanya lihat nombor
dan pecah kod tatakira dari sebagai contoh tadi A ke M.
Begitulah saya sehari-hari belajar, ayat dalam buku teks
tidak faham, hanya tahu tengok nombor dan pecah kod sahaja… hehehehe…
Mujurlah kos Sains Aktuari ini banyak pengiraan Matematik
dan sedikit sahaja subjek yang perlu membaca, sebab itulah saya boleh survive
ambil kos ini di Universiti.
Sekiranya saya ambil kos yang majority subjeknya adalah
membaca, buku teks pula dalam Bahasa Inggeris, sudah tentunya saya fail di
peringkat Universiti.
Walaubagaimana pun, walaupun saya tidak faham satu ayat
pun ketika membaca buku teks dalam Bahasa Inggeris, yakni keadaan Bahasa
Inggeris saya pada masa itu terlalulah lemah.
Setelah saya habis belajar di Universiti, barulah saya
masuk kelas Bahasa Inggeris, belajar grammar dan juga tambah vocabulary.
Setelah tamat Universiti dan juga kelas Bahasa Inggeris,
keadaan saya pada masa itu bolehlah di katakana sederhana dalam peringkat
Bahasa Inggeris. Oleh itu, saya mengambil keputusan untuk belajar sendiri
Bahasa Inggeris, di mana saya rujuk kepada Buku Bahasa Inggeris peringkat PMR
dan sehingga sekarang saya masih lagi tambah vocab Bahasa Inggeris.
Hasilnya, saya boleh menulis Blog dalam Bahasa Inggeris
dan sekarang saya sudah faham bila membaca buku atau artikel-artikel dalam
Bahasa Inggeris. Jika gred Bahasa Inggeris adalah saya berada pada tahap OK, faham Bahasa Inggeris dan
boleh berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris melalui chatting. Speaking dalam
Bahasa Inggeris, saya belum cekap lagi tapi saya berpuas hati dengan tahap
Bahasa Inggeris saya sekarang… Hehehehe…
Ok lah saudara saudari, setakat itu dahulu saya kongsi
perjalanan hidup saya, terima kasih ๐๐๐๐
No comments:
Post a Comment